Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif l 2017

Pada 10 November 2017, berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang berlangsung di Wisma PPZ.

Pertandingan ini dijalankan bermula dari 15 Ogos sehingga 30 September 2017 dan tajuk yang difokuskan adalah "Mencari Rezeki yang Berkat". Syarat dan terma pertandingan yang lain adalah durasi video adalah 3 minit sahaja. Selain itu, peserta hendaklah memapartkan logo PPZ-MAIWP dan juga COUDRE KUALA LUMPUR.
Penyertaan boleh dihantarkan kepada info@zakat.com.my.

Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu;
1) Video Terbaik (tempat pertama, kedua, ketiga dan 9 saguhati)
2) Anugerah Video Pilihan Ramai

Sebanyak 52 penyertaan telah diterima oleh MAIWP dan sebanyak 13 video telah disenarai pendekkan oleh panel juri ke peringar akhir.


Inilah senarai pemenang yang diraikan di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Kreatif.


Tempat Pertama- RM2,000
MUHAMMAD HANIF BIN NGARISAN
 
Tempat Kedua- RM1,500
SYAHIDAH BINTI BAHARUDIN
  
Tempat Ketiga- RM1,000
NURHIDAYAH BINTI ATMIN

 

Anugerah Pilihan Ramai- RM1,000
MUHAMAD HANIF BIN NGARISAN
 
Ini adalah pemenang saguhati yang membawa pulang RM500 seorang;
 
NURMANISYA BINTI SHAHRUDIN 
 
MUHAMMAD ADAM BIN IBRAHIM 
 
MUHAMMAD FAIRULLAH BIN HAMRAN 
 
MOHD AMIRUL ASHRAF BIN ABDUL AZIZ 
 
NIK PUTERI NUR ANIS BINTI NOOR AZMI
 
NABEEL FAKRUR RAZY BIN JUFRI
 
ANIS ASYIKIN BIN ALIAS
 
MUHAMMAD ZUHAILY BIN RAZALI
 
MUHAMMAD NORAZI NAZREEL BIN MOHD YAZID
 
 
 
Kami telah menemubual pemenang tempat pertama iaitu Encik Muhammad Hanif bin Ngarisan dan beliau sendiri tidak menyangka dengan kemenangan tersebut.
"Saya dan Isteri telah menyiapkan video ini dalam tempoh 2 minggu, kami berkongsi idea dan pendapat bagi menghasilkan video berteraskan dakwah yang memberi impak yang mendalam kepada penonton".
 

 
 
Selain itu, Encik Muhammad Hanif bin Ngarisan juga telah mendapat Anugerah Video Pilihan Ramai yang mempunyai 700+ likes dan 500+ shares.
 
Tuan Haji Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP telah turun padang untuk memeriahkan acara dan juga telah bersama-sama melibatkan diri dalam penyampaian hadiah kepada pemenang,bersama dengan penaja rasmi bagi pertandingan ini iaitu Cik Puan Emi Hanani binti Mohd Ariffin, pemilik Boutique Coudre Kuala Lumpur.
 
 
Sebelum mengakhiri blog ini, Nash ingin mengucapkan taniah kepada semua pemenang dan juga PPZ kerana menjemput Nash ke acara ni.
 
Untuk maklumat lanjut, layari
 
 
Love,
ItzAboutHer
 
 
Here is my social media link so you can check out and be friend with me personally.
Snapchat: itznasyitah
 
 
 


Comments

  1. untungnya buat video dan menang cash. Lain kali kita join laaa

    ReplyDelete
  2. Penyertaan yang senang...Hanya video durasi 3 minit..masukkan logo penganjur dan penaja, kreatif dan inovatif

    ReplyDelete
  3. Video ni patut disebar lebih meluas sebab message yang disampaikan mampu memberi kesan pada penonton.

    ReplyDelete
  4. 3 minit sahaja, mampu memberikan kesan. Memang layak jadi juara

    ReplyDelete
  5. kemain dia posing dekat pentas tu, hehe. apapun memang best kan video juara video jom kreatif ni. neeza rasa memang layaklah dia menang. video naib juara tu pun kelakar dan best.

    ReplyDelete
  6. Tidak sangka PPZ ada menganjurkan program2 yg sgt bermanfaat yg melibatkan golongan muda. Disamping tu membuat kan hati tersentuh penuh dgn ilmu akhirat. Kkdng walaupun kita istiqamah dlm beribadat ada juga perkara2 wajib yg kita terlps pdng. Apa2pun memang terbaik lah program yg mcm ni sis.

    ReplyDelete
  7. Tahniah pada semua pemenang, memang semua video yang masuk pertandingan semua bagus-bagus kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

[REVIEWBYNASH] Beaute Library facial treatement.

Kempen Year End Zakat (YEZ) - melaksanakan tanggungjawab berzakat